SIBF 2023 | Connecting Heart and Mind

Top

Yusof Gajah Illustration Award (YGIA)

Yusof Gajah Illustration Award (YGIA)

REGISTRATION IS NOW CLOSED.

PENYERTAAN YGIA 2023 KINI DITUTUP.

Terima kasih kepada semua yang menyertai YGIA 2023. Nantikan keputusannya di SIBF 2023, Disember ini.

 

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Anugerah Ilustrasi Yusof Gajah 2023/Yusof Gajah Illustration Award (YGIA 2023). Anugerah ini dianjurkan bagi  mencungkil bakat dan kreativiti ilustrator dalam bidang Buku Bergambar Kanak-Kanak. Terbuka kepada institusi seni, penerbit, individu, ilustrator tempatan dan warganegara Malaysia. Anugerah ini dibahagikan kepada dua kategori: Kategori A: 13-17 tahun & Kategori B: 18 tahun ke atas.

 

Tema YGIA 2023 ialah  “Menghubungkan Hati dan Minda (Connecting Hearts and Minds)“.
Kami mahukan hasil karya anda yang menginspirasikan! Jom sertai YGIA2023.

 

Tema karya pertandingan ialah “Connecting Hearts and Minds”.

  • Peserta diminta untuk menghantar ilustrasi yang sesuai untuk buku bergambar kanak-kanak.
    1. Karya yang dipertandingkan adalah ilustrasi daripada buku-buku bergambar kanak-kanak yang telah terbit dari tahun 2021 – 2023 ATAU ilustrasi daripada buku-buku bergambar kanak-kanak yang belum diterbitkan lagi.
    2. Ilustrasi-ilustrasi buku yang dipertandingkan adalah daripada buku bergambar kanak- kanak yang disasarkan untuk pembaca berumur 12 tahun ke bawah. Buku bergambar kanak-kanak itu tiada had muka surat buku.
    3. Tiada had bilangan penyertaan bagi setiap peserta.
  • Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada individu, penerbit buku atau institusi warganegara Malaysia
  • Penyertaan terbuka kepada DUA (2) kategori iaitu:
    1. Kategori A: 13-17 tahun
    2. Kategori B: 18 tahun ke atas
  • Peserta hendaklah menghantar TIGA (3) ilustrasi pilihan daripada buku/cerita yang sama untuk dinilai.
  • Semua Ilustrasi perlu dihantar dalam bentuk digital ke laman Web Selangor International Book Fair 2023 melalui pautan Selangor Children Book Fair 2023 (SCBF)https://sibf.my/yusof-gajah-illustrators-award-ygif/
  • Imej mesti dalam format .jpg, .gif atau .png, sehingga 4MB dan 3000px lebar pada 72 dpi atau 150 dpi dalam warna RGB.
  • Penyertaan yang telah disenarai pendek akan dimaklumkan oleh pihak urusetia sama ada melalui telefon atau e-mel.
  • Penyerta yang disenarai pendek perlu menghantar TIGA (3) naskhah buku fizikal (jika ilustrasi daripada buku yang sudah diterbitkan) atau TIGA (3) naskhah mock-up (jika ilustrasi daripada buku yang belum diterbitkan) kepada alamat berikut:

Urusetia Anugerah Ilustrasi Yusof Gajah
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor D/A

Pustaka Raja Tun Uda
Jln Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Sila catatkan perkataaan ‘Anugerah Ilustrasi Yusof Gajah’ di bahagian atas sebelah kiri sampul surat atau bungkusan.

  • Buku atau mock-up yang dihantar adalah hakmilik penganjur dan tidak akan dipulangkan.
  • Peserta yang menghantar penyertaan membuat jaminan imej tersebut adalah asli dan tidak melanggar hak mana-mana pihak lain. Peserta juga bersetuju untuk tidak melibatkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor daripada sebarang tuntutan, permintaan, tindakan, prosiding, kerugian, dan kos (termasuk sebarang kos guaman atau perbelanjaan yang munasabah yang ditanggung dan sebarang pampasan, kos dan bayaran yang dibuat oleh PPAS atas nasihat peguam PPAS untuk menyelesaikan sebarang tuntutan) yang timbul akibat sebarang pelanggaran atau dakwaan pelanggaran jaminan ini.
  • Keemua penyertaan adalah hakcipta peserta.
  • Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya yang menang atau tidak di laman web, pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan penganjur.
  • Hadiah kepada setiap pemenang bagi KATEGORI A (13-17) adalah seperti berikut:
    • Tempat Pertama : RM 2,500
    • Tempat Kedua     : RM 2,000
    • Tempat Ketiga     : RM 1,500
    • 10 Saguhati (Pilihan Istimewa Juri)    : RM 300
  • Hadiah kepada setiap pemenang bagi KATEGORI B (18 tahun ke atas) adalah seperti berikut:
    • Tempat Pertama : RM 5,000
    • Tempat Kedua     : RM 4,000
    • Tempat Ketiga     : RM 3,000
    • 10 Saguhati (Pilihan Istimewa Juri)     : RM 500
  • Penilaian akan dilakukan berdasarkan kreativiti dan originaliti ilustrasi.
  • Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan, pertikaian atau rayuan tidak akan dilayan.
  1. Tarikh penyertaan: 28hb Julai 2023 sehingga 1hb Oktober 2023.
  2. Tarikh tutup pertandingan: 12.00 tengah hari pada 1hb Oktober 2023.
  3. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati terma dan syarat. Penyertaan yang diterima selepas tamat tempoh peraduan dianggap tidak sah dan akan dibatalkan.
  • Pemilihan untuk senarai pendek dan penjurian akan dijalankan dari 1hb September 2023 sehingga 15hb November 2023.
  • Senarai pendek yang terpilih akan disiarkan pada laman web SIBF dan pemenang akan diumumkan ketika Selangor International Book Fair 2023 berlangsung pada bulan Disember 2023..
  • Pihak juri akan memilih ilustrasi-ilustrasi terbaik bagi mewakil Malaysia ke Pertandingan Ilustrasi Yusof Gajah (International) 2024.
  • Karya-karya yang menang akan dipamerkan ketika Selangor International Book Fair 2023 berlangsung.

Sebarang Pertanyaaan boleh di e-mail pada info@sibf.my

Jangan lepaskan peluang ini untuk mempersembahkan bakat anda dan untuk diiktiraf dalam dunia ilustrasi. Sertai kami untuk Anugerah Ilustrasi Yusof Gajah 2023!

A picture is worth a thousand words. 

We believe that illustrations in children’s books are important in evoking a child’s creative and limitless imagination. 

Illustration is all about the art of storytelling.

About creating something new. It’s about the reader, and it’s also about you. It’s about what imagination you want your reader to have, and what action you want your reader to take at the end. To begin this creative and colourful  journey, we present you the Yusof Gajah Illustration Award at our very first Selangor International Book Fair.

YUSOF GAJAH has a deep and abiding love for children’s books and working with children. While a busy artist, he has managed to write and illustrate a number of books for children and have won the National Book Council Award for best picture book and the Noma Concours (ACCU) award for best illustrations.

His popular picture book, ‘The Real Elephant‘ was first published in Malay and has been translated into Japanese. Its enduring qualities have enabled an English publication in 2010. He has also created the ‘ELEPHABET‘ which continues to attract both children and adults.

Yusof Gajah’s The Real Elephant won the Grand Prize of the Noma Concours in Tokyo in 1996.

The story in brief: An elephant ate some fruits from a strange tree and found itself changing from one weird animal to another until finally it looked like a strange monster. It was regretful and wished it could become itself again.